Pendaftaran untuk Pakej Umrah "Musim Cuti Sekolah Disember 2016" kini dibuka. Whatsapp/ SMS: +6011-5299 3775 (Hj. Mustakim) +6012-7223040 (Hjh. Kasmaliza)

Kelebihan Umrah Di Bulan Ramadhan


Ramai yang tidak mengetahui tentang nikmat serta fadhilat mengerjakan Umrah di bulan Ramadhan yang diberkati. Fadhilat serta kelebihannya telah disabdakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. melalui hadis-hadis yang telah diriwayatkan oleh para sahabat.

Kata Atha': 'Aku pernah mendengar Ibnu Abbas berkata: "Telah bersabda Rasulullah saw kepada seorang wanita Ansar: "Jika telah tiba bulan Ramadhan, maka kerjakanlah ibadah umrah di bulan Ramadhan, sebab seorang yang mengerjakan ibadah umrah di bulan Ramadhan, maka dia mendapat pahala seperti seorang yang melakukan ibadah haji." (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2079.)


Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika Nabi saw. kembali dari menunaikan ibadah haji, beliau bersabda kepada Ummu Sinan Al Anshariyah, "Apakah yang menghalangi mu untuk menunaikan haji?" Jawab Ummu Sinan, "Bapa si Fulan. Maksudnya ialah suaminya. Dia hanya mempunyai dua ekor unta. Yang seekor dipakainya untuk menunaikan haji baginya dan yang lain untuk menyiram kebun kami, Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya 'Umrah di bulan Ramadhan sama nilainya dengan menunaikan ibadah haji beserta ku." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0905.)

Antara kelebihan-kelebihan mengerjakan Umrah di Bulan Ramadhan:-
  • Bulan yang digalakkan untuk bertaubat dan memohon dihapuskan dosa-dosa yang lalu. Kesan doa serta beristighfar dibulan Ramadhan dan lebih-lebih lagi ketika berada di Tanah Suci akan memberikan kesan yang sangat mendalam kepada para jemaah.
    Dari 'Abdullah di mana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sambunglah antara haji dan umrah kerana kedua-duanya menghilangkan kemiskinan dan dosa-dosa sebagaimana dapur tukang besi itu menghilangkan kotoran besi, emas dan perak. Bagi haji yang mabrur itu tidak ada pahala kecuali syurga." (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0807.)
  • Amalan didalam bulan Ramadhan yang merupakan sebaik-baik bulan akan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda.
  • Menjadi tetamu Agong Allah di Tanah Suci Makkah dan Madinah ketika berada di bulan yang istimewa. Dari Anas r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Wahai, Allah! Turunkanlah berkah berganda di Madinah, sebagaimana yang telah Engkau turunkan di Mekah." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0925.) 
  • Nikmat serta berdoa ketika berada di tanah suci Makkah dan Madinah adalah satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan melalui kata-kata mahupun gambar. Perbanyakkanlah berdoa sepanjang berada di Tanah Suci kerana di sana adalah tempat yang sangat diberkati dan makbulnya segala doa dengan Izin Allah s.w.t.
  • Sepanjang bulan Ramadhan, Tanah Suci Mekah dan Madinah akan dipenuhi dengan para jemaah untuk mencari kelebihan Lailatul Qadar. Sepanjang siang dan malam hari, para jemaah tidak putus-putus untuk mengerjakan Umrah serta menunaikan ibadah terutamanaya di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.
    Dari Yahya ibnu Katsir dari Abu Salamah dari Abu Hurairah katanya: "Telah bersabda Rasulullah: "Barangsiapa yang beribadah malam di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala dari Allah, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu. Dan barangsiapa yang beribadah malam di malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan berharap pahala dari Allah, maka dia akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu." (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2173) 

    Pakej Umrah di Bulan Ramadhan 2016 boleh di tempah dengan menghubungi (SMS/ Whatsapp) 012-7221519 (Hj. Mustakim) atau 012-7223040 (Hjh Kasmaliza).