Pendaftaran untuk Pakej Umrah "Musim Cuti Sekolah Disember 2016" kini dibuka. Whatsapp/ SMS: +6011-5299 3775 (Hj. Mustakim) +6012-7223040 (Hjh. Kasmaliza)

Jadual Perjalanan Masuk Ke Kota Madinah

Aturcara perjalanan Mekah Travel ini adalah aturcara standard yang sering digunakan untuk masuk melalui Kota Suci Madinah Al-Munawwarah. Sekiranya terdapat sebarang perubahan masa dan lokasi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, ianya adalah perkara terakhir yang terpaksa dilakukan demi kebaikan dan keselesaan jemaah.


Maklumat Penting:
  • Semua jemaah Mekah Travel dikehendakki berada di Balai Pelepasan 5 jam sebelum berlepas. 
  • Sebaik sahaja sampai di Lapangan Terbang, sila laporkan diri dengan ketua atau Mutawwif masing-masing.

HARI 1 MADINAH
Selesai solat subuh dan sarapan pagi, berkumpul di lobi jam 7.00 pagi untuk Ziarah dalaman di Masjid Nabawi. Ziarah makam Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat r.a.
Di sebelah petang, jemaah boleh melakukan aktiviti bebas.

HARI 2 MADINAH
Selesai solat subuh dan sarapan pagi jam 6.30 pagi, berkumpul di lobi untuk ziarah ke Masjid Quba, Qiblatain, Jabal Uhud dll. Jemaah juga akan dibawa ke Ladang Tamar.
Nota: Semua jemaah dinasihatkan untuk mengambil wudhuk di Hotel sebelum bertolak untuk ziarah ini.

HARI 3 MADINAH
Jadual Sendiri.

HARI 4 MADINAH
Jadual Sendiri.- Taklimat keberangkatan ke Mekah.

HARI 5 MADINAH - MEKAH
Selesai solat Zohor dan makan tengahari, berkumpul di lobi jam 2 ptg dengan pakaian ihram untuk berangkat ke MIqat di Bir Ali untuk berniat Umrah dan menuju ke Mekah.
Sampai di Mekah, check in hotel. Rehat selama 2 jam. Berkumpul di Lobi Hotel untuk mengerjakan Umrah Wajib (Tawaf, Saei dan Tahalul) dengan dipimpin oleh ketua kumpulan atau Mutawwif yang bertugas.
.

HARI 6 MEKAH
Jadual Sendiri.

HARI 7 MEKAH
Selesai solat subuh dan sarapan pagi, berkumpul di Lobi Hotel pada 6.30 pagi untuk Ziarah Pertama ke Jabal Thur, Arafah, Mina, Muzdalifah, Jabal Nur, Jabal Rahmah, Jamrah dan Jaaranah.
Nota: Jemaah dikehendaki membawa kelengkapan ihram sekiranya ingin mengerjakan Umrah Sunat.

HARI 8 MEKAH
Jadual Sendiri.

HARI 9 MEKAH
Selesai solat subuh dan sarapan pagi, berkumpul di Lobi Hotel pada pukul 6.30 pagi untuk Ziarah Keempat iaitu Ladang Unta dan Hudaibiyah.
Nota: Jemaah boleh mengenakan pakaian Ihram sekiranya ingin mengerjakan Umrah Sunat.

HARI 10 MEKAH
Jadual sendiri.
Taklimat keberangkatan pulang.

HARI 11 MEKAH - MALAYSIA
Kesemua jemaah Mekah Travel perlu berada di Lapangan Terbang 5 jam sebelum waktu berlepas.
Bertolak pulang ke Malaysia

Nota Penting:
  • Segala pindaan jadual, harga penerbangan, harga hotel dan kelulusan Visa adalah di luar bidang kuasa Mekah Travel and Tours Sdn Bhd. Ianya tertakluk kepada pertukaran tanpa sebarang notis.
  • Para jemaah diingatkan agar tidak membawa pulang beg yang melebihi 30kg (tidak termasuk zam-zam 10 liter). Berat yang melebihi 30kg, pihak Airlines akan mengenakan bayaran sebanyak SR90++ bagi setiap 1kg.