Pendaftaran untuk Pakej Umrah "Musim Cuti Sekolah Disember 2016" kini dibuka. Whatsapp/ SMS: +6011-5299 3775 (Hj. Mustakim) +6012-7223040 (Hjh. Kasmaliza)

Labbaik Allahumma Labbaik

Para ulamak telah menggariskan berhubung hukum untuk menunaikan Haji dan Umrah adalah wajib bagi setiap muslim yang telah cukup syarat-syarat wajibnya. Ini adalah berdasarkan kepada Firman Allah swt:

"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia membayar fidyah iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah). Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya)." (Al Baqarah, 2:196)

Tuntunan Ibadah Haji dan Umrah

Menunaikan ibadah Haji dan Umrah adalah sesuatu yang amat dirindukan oleh setiap umat Islam yang beriman, walaupun pada mereka-mereka yang pernah berkali-kali menunaikannya. Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang telah dipilih Allah swt sebagai tetamu-Nya untuk berkunjung ke tanah suci Makkah dan Madinah agar dapat menggunakan peluang keemasan ini dengan sebaik-baiknya. Ini adalah kerana, belum tentu peluang untuk menunaikan Haji atau Umrah itu boleh datang kembali.

Bagi mencapai tahap ibadah yang terbaik dan khusyuk serta mendapat Haji atau Umrah yang mabrur, para tetamu Allah yang bakal meninggalkan tanah air adalah dinasihatkan untuk menimba ilmu yang secukup-cukupnya sesuai dengan cara yang telah diajarkan oleh Baginda Rasulullah saw.

Syarat-syarat Wajib Haji dan Umrah

Syarat-syarat wajib haji dan umrah itu adalah seperti berikut:-
  • Islam - tidak wajib atas orang kafir dan murtad
  • Baligh - tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh 
  • Berakal - tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya 
  • Merdeka - Hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala 
  • Berkuasa / Kemampuan - Syarat yang berhubung kait dengan berkuasa atau berkemampuan ini adalah berdasarkan kepada Firman Allah swt: "Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka" (Surah Ali Imran ayat 97) 
Kemudahan Pakej Umrah yang di sediakan oleh Mekah Travel and Tours Sdn Bhd telah disusun atur mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak dan mengikut garis panduan serta Ijtihad para Ulamak ahli Sunnah Wal Jamaah.