Pantang larang Ihram di sudut pemakaian kasut atau selipar ketika dalam Ihram seringkali dipandang remeh oleh sesetengah jemaah haji atau umrah. Seringkali berlaku di kalangan jemaah yang membuat persiapan kelengkapan pakaian termasuk kasut mendapati bahawa jenis kasut atau selipar yang dibeli tidak menepati hukum hakam dan pantang larang dalam Ihram.