Hudaibiyah adalah sebuah kawasan penempatan kecil yang berada kira-kira 30 km dari Kota Mekah Al-Mukarramah. Di sepanjang jalan menuju ke Hudaibiyah ada terdapat banyak tempat penternakan unta yang boleh dilawati oleh jemaah Haji dan Umrah. Kilang pembuatan Kiswah atau Kelambu Kaabah ada berdekatan dengan Hudaibiyah ini.
Antara peristiwa-peristiwa penting dan bersejarah yang berlaku ketika hayat Baginda Nabi Muhammad s.a.w. ialah:-
- Baiah Ridhwan
- Berlakunya Perjanjian Hudaibiyah
- Kawasan penyimpanan dan pembahagian harta ghanimah peperangan Hunain.
- Tempat Miqat Rasulullah s.a.w. untuk mengerjakan Umrah.
Semasa berada di Mekah, para jemaah Mekah Travel akan dibawa menziarahi Masjid Hudaibiyah untuk berniat Umrah yang kali ketiga. Dalam perjalanan ini, jemaah juga akan berkesempatan untuk melawat ladang unta sekiranya keadaan kesihatan membenarkan.