Gua Hira adalah terletak di puncak Jabal Nur yang jaraknya kira-kira 5 kilometer di utara Kota Mekah. Pendakian untuk menuju ke Gua Hira
memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat kerana terpaksa
melalui laluan lereng yang berbatu dan kering.
Rasulullah saw seringkali mengunjungi Gua Hira untuk bermunajat serta mengasingkan diri dari kesibukan serta kerosakan akidah yang berlaku di Kota Mekah kira-kira tiga tahun sebelum Baginda saw dilantik sebagai Rasul. Tempoh Baginda mengasingkan diri di gua Hira kadangkala mencecah selama sebulan terutamanya pada masa terakhir sebelum perlantikan sebagai Rasul melalui Malaikat Jibril a.s.
Saidatina Khadijah sebagai seorang isteri yang taat terhadap suaminya sering menghantarkan bekalan makanan apabila dirasakan perlu. Walaupun kedudukan Gua Hira yang tingginya kira-kira 281 meter dan perjalanan untuk sampai ke puncak boleh mengambil masa kira-kira setengah jam lamanya, namun Saidatina Khadijah tabah dan tidak putus-putus mengunjungi suaminya di sana.
- Didatangi oleh Jibril a.s. buat kali pertama dengan menyerupai sebagai seorang manusia.
- Menerima wahyu dari Jibril a.s.
- Melihat wajah Jibril a.s. dalam bentuk yang asal buat kali pertama setelah menuruni Jabal Nur.
Setelah menerima wahyu dari Jibril a.s. buat kali pertama, Nabi Muhammad s.a.w. sering mengunjungi Gua Hira untuk terus beruzlah dan mengasingkan diri sebelum disibukkan dengan urusan menyampaikan risalah Tauhid.
Para jemaah yang mengambil pakej Umrah bersama Mekah Travel akan berkesempatan untuk melihat Jabal Nur dari dekat semasa dalam perjalanan pulang dari ziarah luaran di Kota Mekah. Untuk pendakian ke Gua Hira, jemaah boleh melakukan program tambahan secara berasingan.
Para jemaah yang mengambil pakej Umrah bersama Mekah Travel akan berkesempatan untuk melihat Jabal Nur dari dekat semasa dalam perjalanan pulang dari ziarah luaran di Kota Mekah. Untuk pendakian ke Gua Hira, jemaah boleh melakukan program tambahan secara berasingan.