Pendaftaran untuk Pakej Umrah "Musim Cuti Sekolah Disember 2016" kini dibuka. Whatsapp/ SMS: +6011-5299 3775 (Hj. Mustakim) +6012-7223040 (Hjh. Kasmaliza)

Peristiwa di Gua Thur

Jabal Thur ialah sebuah gunung di Tanah Arab yang terletak di kawasan tanah rendah kira-kira 4 km di bahagian selatan Masjidil Haram, Mekah. Tinggi Jabal Thur adalah 748 meter dari aras laut manakala dari aras bumi ialah 458 meter. Jabal Thur sangat sinonim dengan sebuah gua juga dikenali sebagai Gua Thur. Gua Thur adalah tempat di mana Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. telah bersembunyi ketika dalam perjalanan keluar daripada Mekah untuk berhijrah ke Madinah.


Peristiwa Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a. berada di dalam Gua Thur

Menjelang larut malam, Rasulullah SAW keluar tanpa pengetahuan pemuka Quraisy. Bersama-sama dengan Abu Bakar baginda bertolak ke arah selatan menuju ke Gua Thur. Sesampai ke pintu gua, Saidina Abu Bakar telah memasuki dahulu pintu gua bertujuan untuk memastikan agar tiada haiwan merbahaya seperti ular, kalajengking, dan lain-lain binatang yang boleh mengancam keselamatan Rasulullah s.a.w. yang ada didalam gua.

Setelah dipastikan bahawa tiada binatang dan anasir bahaya, barulah Abu Bakar r.a. mengajak Nabi Muhammad s.a.w memasuki gua tersebut. Dalam perjalanan malam itu, mereka berdua juga ditemani oleh Abdullah bin Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). Pada waktu siang hari keesokannya, Abdullah telah meninggalkan mereka dan kembali ke Makkah untuk melihat keadaan di kota Makkah serta mengkhabarkan berita dari Makkah kepada Nabi s.a.w.

Selain itu terdapat juga beberapa orang yang bertanggungjawab untuk membantu Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. sepanjang mereka berdua menyorok di dalam gua. Iaitu:
  • Abdullah bin Abu Bakar (anak lelaki Saidina Abu Bakar) - bertanggungjawab memberi khabar dan berita terkini dari kota Makkah.
  • Aisyah dan Asma (dua orang puteri Saidina Abu Bakar)- bertanggungjawab menyediakan makanan untuk Nabi Muhammad dan bapa mereka Saidina Abu Bakar pada setiap petang.
  • Abdullah ibn Ariqath - bertanggungjawab untuk berpura-pura mengembala dua ekor kambing di sekitar Jabal Thur, perahan susu kambing dijadikan minuman kepada Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar.
  • Amir bin Fuhairah - bertanggungjawab menjadi juru pandu bagi Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah. Juga membantu Abdullah ibn Ariqath mengembala kambing serta bertanggungjawab menghapuskan jejak kaki Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah.
Pada malam seterusnya Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a.telah tidur dalam gua, Nabi telah membaringkan kepalanya diatas peha Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar membiarkan Nabi tidur diatas peha tidak meggerakkan kakinya sedikitpun kerana beliau tidak mahu mengganggu Nabi tidur. 

Tiba-tiba tapak kaki Saidina Abu Bakar r.a. yang dilujurkan itu telah dipatuk oleh ular berbisa. Dalam menahan kesakitan dan kepedihan yang amat atas patukan Saidina Abu Bakar telah menitiskan air matanya, airmatanya telah menitis jatuh ke pipi Rasulullah, lalu membuatkan Rasulullah terjaga dari tidur. Melihat Saidina Abu Bakar r.a. menangis, Rasulullah s.a.w. terus bertanya mengapa beliau menangis, Saidina Abu Bakar memberitahu bahawa kakinya telah dipatuk ular sehingga beliau tidak dapat menahan kesakitan akibat patukan itu. Mendengar jawapan itu, Rasululah terus meludahi kesan patukan dan mengusapnya, maka secara langsung kesan bisa patukan tersebut telah hilang serta-merta dan tiada lagi rasa sakit. Kerana mukjizat Rasul suci itu mereka berdua bersyukur atas rahmat Allah.

Paginya, kelihatan pihak Quraisy berusaha sungguh-sungguh mencari mereka berdua. Pemuda-pemuda Quraisy membawa pedang dan tongkat sambil mundar-mandir mencari ke segenap penjuru. Ketika itu pemuka Quraisy telah bergerak menuju ke gua tempat sembunyi. Lalu orang-orang Quraisy itu terdengar bunyi bising cicak yang datang dari arah gua. Pemuka Quraisy mula syak bahawa adanya orang didalam gua tersebut. Nabi telah membaling batu kearah cicak, dan langsung cicak itu mati.

Pemuka Quraisy tetap datang menaiki mendaki gunung sehingga sampai ke gua itu, tetapi kemudian ada yang turun kembali. Pemuka berbicara antara sendiri “Kenapa kau tidak menjenguk ke dalam gua?” tanya kawan-kawannya. “Ada sarang labah-labah di tempat itu, yang memang sudah ada sejak sebelum Muhammad lahir,” jawabnya. “Saya melihat ada dua ekor burung merpati hutan membuat sarang di lubang gua itu. Jadi saya mengetahui tak ada orang di sana.”

Setelah tiga hari berlalu dan setelah ancaman dari kafir Quraish sudah semakin reda, Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. pun keluar untuk meneruskan perjalanan penghijrahan mereka menuju ke Kota Madinah Al-Munawwarah yang dahulunya di kenali sebagi Yathrib.

Tinggalan Sejarah Gua Thur

Kini Gua Thur ini masih kekal dikunjungi sebagai salah satu destinasi pelancongan ziarah ke tanah suci oleh jemaah Haji dan Umrah.

Pintu timur Gua Thur atau Ghar al-Thawr tingginya 1.25 meter, manakala lebar pintu guanya adalah 3.5 m x 3.5 m. Gua tersebut memiliki 2 pintu iaitu disebelah barat dan sebelah timur. Pintu disebelah baratlah yang digunakan Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. untuk masuk. Pintu gua di sebelah barat tingginya hanya 1 meter sekaligus lebih kecil dari pintu timur. Pintu timur hanya baru dikorek bagi membolehkan pelawat masuk dan melihat keadaan gua. Pendaki / pelawat yang berhasrat masuk ke gua thur harus mendaki sampai ke pintu gua, dakian memakan masa 1 jam setengah bergantung kepada kekuatan stamina.

Semasa berada di Makkah, Jemaah Mekah Travel akan dibawa mengunjungi Jabal Thur ketika dalam sesi lawatan ke Padang Arafah, Muzdalifah, Mina dan Jaaranah untuk berniat umrah di sana. Namun, oleh kerana kedudukannya yang tinggi, faktor keselamatan dan kekangan masa, para jemaah hanya dibenarkan untuk meninjau serta mengambil gambar dari kaki Jabal Thur sahaja.