Kota Suci Makkah Al-Mukarramah adalah tempat kelahiran dan membesarnya Baginda Nabi kita Muhammad s.a.w. Di Kota inilah bermulanya perjuangan Baginda sebagai Rasullullah yang telah diamanahkan bagi menyampaikan seruan Tauhid keseluruh alam. Di Kota Mekah ini pada awalnya Rasulullah s.a.w. serta para Sahabat r.a. telah menerima berbagai tentangan serta penindasan yang hebat daripada kaumnya sendiri.
Tempoh waktu semenjak Baginda dilahirkan, membesar, dilantik sebagai Rasul dan akhirnya berhijrah ke Kota Madinah Al-Munawwarah adalah sehingga usia Baginda mencecah 53 tahun. Ini adalah tempoh yang lama dan sudah pastinya banyak berlaku peristiwa-peristiwa yang boleh kita ambil iktibar sepanjang Baginda berada di Kota ini.
Antara tempat-tempat bersejarah yang berkaitan dengan Rasulullah saw dan para sahabat yang ada disekitar Kota Makkah Al-Mukarramah adalah seperti berikut:-
- Gua Hira di Jabal Nur
- Gua Tsur di Jabal Tsur
- Hudaibiyah
- Jaaranah
- Jabal Rahmah di Padang Arafah
- Masjid Jin
- Taif
Tempat-tempat lain yang berkaitan dengan Baginda Rasulullah saw, Ahli Keluarga dan Para Sahabat r.a:-
- Maulid Nabi
- Perkuburan Ma'la
Antara lokasi-lokasi yang tersenarai di atas, ada yang tidak dapat dilawati semasa program lawatan yang disedikan oleh Mekah Travel. Ini adalah memandangkan beberapa faktor seperti faktor lokasi yang jauh, kekangan masa untuk pulang solat berjemaah di Masjidil Haram atau untuk mengerjakan umrah serta faktor-faktor keselamatan dan sebagainya.