Perjanjian Hudaibiyah telah berlaku pada bulan Zulkaedah tahun 6 hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara Rasulullah s.a.w. dan Pihak Musyrikin Mekah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangan.
Peristiwa-peristiwa Bersejarah di Hudaibiyah
Hudaibiyah adalah sebuah kawasan penempatan kecil yang berada kira-kira 30 km dari Kota Mekah Al-Mukarramah. Di sepanjang jalan menuju ke Hudaibiyah ada terdapat banyak tempat penternakan unta yang boleh dilawati oleh jemaah Haji dan Umrah. Kilang pembuatan Kiswah atau Kelambu Kaabah ada berdekatan dengan Hudaibiyah ini.
Peristiwa di Gua Thur
Jabal Thur ialah sebuah gunung di Tanah Arab yang terletak di kawasan tanah rendah kira-kira 4 km di bahagian selatan Masjidil Haram, Mekah. Tinggi Jabal Thur adalah 748 meter dari aras laut manakala dari aras bumi ialah 458 meter. Jabal Thur sangat sinonim dengan sebuah gua juga dikenali sebagai Gua Thur. Gua Thur adalah tempat di mana Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. telah bersembunyi ketika dalam perjalanan keluar daripada Mekah untuk berhijrah ke Madinah.
Peristiwa Di Gua Hira
Gua Hira adalah terletak di puncak Jabal Nur yang jaraknya kira-kira 5 kilometer di utara Kota Mekah. Pendakian untuk menuju ke Gua Hira
memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat kerana terpaksa
melalui laluan lereng yang berbatu dan kering.
Tempat-Tempat Bersejarah di sekitar Kota Suci Mekah
Kota Suci Makkah Al-Mukarramah adalah tempat kelahiran dan membesarnya Baginda Nabi kita Muhammad s.a.w. Di Kota inilah bermulanya perjuangan Baginda sebagai Rasullullah yang telah diamanahkan bagi menyampaikan seruan Tauhid keseluruh alam. Di Kota Mekah ini pada awalnya Rasulullah s.a.w. serta para Sahabat r.a. telah menerima berbagai tentangan serta penindasan yang hebat daripada kaumnya sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)