Pendaftaran untuk Pakej Umrah "Musim Cuti Sekolah Disember 2016" kini dibuka. Whatsapp/ SMS: +6011-5299 3775 (Hj. Mustakim) +6012-7223040 (Hjh. Kasmaliza)

Rahsia Keajaiban Kaabah Yang Perlu Anda ketahui

Kaabah adalah salah satu makhluk ciptaan Allah s.w.t yang paling suci dan dipelihara. Sejarah Kaabah telah melalui berbagai fasa semenjak dari awal keujudan alam semesta sehingga ke peringkat awal penurunan  Nabi Adam a.s.  ke bumi dan seterusnya sehingga ke hari ini.

Kelebihan Umrah Di Bulan Ramadhan


Ramai yang tidak mengetahui tentang nikmat serta fadhilat mengerjakan Umrah di bulan Ramadhan yang diberkati. Fadhilat serta kelebihannya telah disabdakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. melalui hadis-hadis yang telah diriwayatkan oleh para sahabat.

Perjanjian Hudaibiyah

Perjanjian Hudaibiyah telah berlaku pada bulan Zulkaedah tahun 6 hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara Rasulullah s.a.w. dan Pihak Musyrikin Mekah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangan.

Peristiwa-peristiwa Bersejarah di Hudaibiyah

Hudaibiyah adalah sebuah kawasan penempatan kecil yang berada kira-kira 30 km dari Kota Mekah Al-Mukarramah. Di sepanjang jalan menuju ke Hudaibiyah ada terdapat banyak tempat penternakan unta yang boleh dilawati oleh jemaah Haji dan Umrah. Kilang pembuatan Kiswah atau Kelambu Kaabah ada berdekatan dengan Hudaibiyah ini.

Peristiwa di Gua Thur

Jabal Thur ialah sebuah gunung di Tanah Arab yang terletak di kawasan tanah rendah kira-kira 4 km di bahagian selatan Masjidil Haram, Mekah. Tinggi Jabal Thur adalah 748 meter dari aras laut manakala dari aras bumi ialah 458 meter. Jabal Thur sangat sinonim dengan sebuah gua juga dikenali sebagai Gua Thur. Gua Thur adalah tempat di mana Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. telah bersembunyi ketika dalam perjalanan keluar daripada Mekah untuk berhijrah ke Madinah.

Peristiwa Di Gua Hira

Gua Hira adalah terletak di puncak Jabal Nur yang jaraknya kira-kira 5 kilometer di utara Kota Mekah. Pendakian untuk menuju  ke Gua Hira memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat kerana terpaksa melalui laluan lereng yang berbatu dan kering.

Tempat-Tempat Bersejarah di sekitar Kota Suci Mekah

Kota Suci Makkah Al-Mukarramah adalah tempat kelahiran dan membesarnya Baginda Nabi kita Muhammad s.a.w. Di Kota inilah bermulanya perjuangan Baginda sebagai Rasullullah yang telah diamanahkan bagi menyampaikan seruan Tauhid keseluruh alam. Di Kota Mekah ini pada awalnya Rasulullah s.a.w. serta para Sahabat r.a. telah menerima berbagai tentangan serta penindasan yang hebat daripada kaumnya sendiri.

Larangan Ihram: Kasut Semasa Dalam Ihram

Pantang larang Ihram di sudut pemakaian  kasut atau selipar ketika dalam Ihram seringkali dipandang remeh oleh sesetengah jemaah haji atau umrah. Seringkali berlaku di kalangan jemaah yang membuat persiapan kelengkapan pakaian termasuk kasut mendapati bahawa jenis kasut atau selipar yang dibeli tidak menepati hukum hakam dan pantang larang dalam Ihram.

Hukum Memakai Mask Bagi Jemaah Haji dan Umrah Dalam Ihram

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram. Muzakarah berpandangan bahawa mencegah penularan wabak yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan semasa menunaikan ibadah haji atau umrah amat dituntut oleh Islam.

Manasik Umrah

Ibadah Umrah mengandungi 5 rukun dan 3 wajib yang mesti di patuhi bagi memastikan kesempurnaan ibadah tersebut. Selain dari menyediakan kelengkapan serta keperluan sebelum berangkat ke tanah suci Mekah dan Madinah, para jemaah juga amat digalakkan untuk mempelajari manasik Umrah secara terperinci termasuk teori dan praktikalnya.

Labbaik Allahumma Labbaik

Para ulamak telah menggariskan berhubung hukum untuk menunaikan Haji dan Umrah adalah wajib bagi setiap muslim yang telah cukup syarat-syarat wajibnya. Ini adalah berdasarkan kepada Firman Allah swt:

Perbandingan Antara Rukun Haji dan Umrah

Secara ringkasnya, perbandingan antara rukun-rukun Haji dan Umrah adalah wukuf di Arafah di mana para jemaah Umrah tidak perlu mengerjakan Wukuf di Arafah.

Jadual Perjalanan Masuk Ke Kota Madinah

Aturcara perjalanan Mekah Travel ini adalah aturcara standard yang sering digunakan untuk masuk melalui Kota Suci Madinah Al-Munawwarah. Sekiranya terdapat sebarang perubahan masa dan lokasi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, ianya adalah perkara terakhir yang terpaksa dilakukan demi kebaikan dan keselesaan jemaah.

Jadual Perjalanan Masuk Ke Kota Makkah

Aturcara perjalanan Mekah Travel ini adalah aturcara standard yang sering digunakan semasa masuk melalui Kota Suci Makkah Al-Mukarramah. Seandainya berlaku sebarang perubahan waktu dan tempat yang tidak dapat dielakkan, maka ianya dilakukan demi untuk kebaikan dan keselesaan jemaah.